BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, December 18, 2009

jom kira kalori

#Berat badan ideal boleh dicapai melalui keseimbangan di antara tenaga (kalori) yang diambil melalui makanan dengan tenaga yang digunakan untuk melakukan aktiviti harian .
#Penurunan Berat badan secara mendadak akan mengakibatkan kehilangan air atau tisu badan,bukannya lemak di tubuh badan.

#Tenaga berlebihan sebanyak 3500 kalori akan membentuk 1/2 kg atau 1 paun(lb) lemak
Sekiranya anda ingin mengurangkan berat badan anda :
#Kurangkan hanya 1/2 kg= 3500 kcal dalam masa seminggu

Ia dicapai dengan mengurangkan 500 kalori sehari melalui gabungan cara berikut :
#Pengurangan Pengambilan makanan sebanyak 250 kalori sehari
#Senaman yang boleh membakar sebanyak 250 kalori sehari

pengiraan :-

Anda berumur 22 tahun, mempunyai berat badan 54 kg dan ketinggian 160 cm. Anda Jarang melakukan senaman atau aktiviti fizikal yang cergas . Pengiraan keperluan tenaga untuk anda adalah seperti berikut ::

(i) BMI = 54 kg
--------------------
1.6 cm x 1.6 cm

= 21.09 ( anda adalah dalam kategori berat badan ideal)


(ii) Faktor (f) yang digunakan dalam pengiraan keperluan tenaga bleh check kt cni..:-

(contoh status bmi)

berat badan ideal=tapi tidak aktif.
maka,faktor (f) ialah 30.

(iii)Keperluan tenaga anda = Berat badan anda sekarang x Faktor F

= 54 x 30
= 1620 kcal Sehari

walaupn berat badan dah Ideal bagi tinggi anda,tp nk kurangkan berat sket lg..bg bdn jd solid..target utk turunkan berat menjadi 46kg..Oleh itu anda perlu kurang berat badan sebanyak 8 kg untuk mendapatkan ape yg dihajatkan. Anda perlu mengurangkan 1paun atau 1/2 kg berat badan dalam seminggu..itu sudah memadai..jgn terlalu drastik..

tnya pd diri anda..anda boleh turunkan berat badan yang berlebihan itu selama berapa hari?

untuk turun 1lb atau 1/2 kg per minggu,berat badan anda perlu kurang 3500 kcal dari tubuh anda. Setiap hari, anda perlu kurangkan sebanyak :

= 3500 kcal =500 kcal setiap hari
------------
7

= 250 kcal dikurangkan daripada makanan + 250 kcal dibakar melalui aktiviti

#anda perlu kurangkn 500 kcal/ hari untuk turun 1 paun / setengah kg dalam 1minggu.Maka,

Keperluan kalori daripada makanan anda:-

= 1620 kcal - 250 kcal = 1,370 kcal sehari

# Matlamat utk penurunan sebanyak 1/2 kg seminggu:-

Keperluan Tenaga anda = 1,370 kcal-500 kcal
( 250 kcal daripada makanan & 250 kcal daripada aktiviti fizikal)
= 870 kcal Sehari Sahaja

0 comments: