BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, April 12, 2011

Kek Cawan (coklat Moist)

Bahan-bahan ( 10-12 biji )

* 2 cawan air panas
* 1 1/2 cawan serbuk koko
* 2 3/4 tepung gandum
* 2 sudu teh baking soda
* 1/2 sudu teh baking powder
* 1/2 sudu teh garam
* 1 cawan mentega
* 2 cawan gula
* 4 telur
* 1 1/2 sudu teh vanilla

Cara-cara

1. Panaskan oven . Campurkan koko kedalam air panas kacau sebati
2. Satukan tepung, garam, baking soda & baking powder dalam mangkuk yang lain.
3. Pukul gula & mentega sehingga ringan dan gebu. Masukkan telur satu persatu, dan masukkan vanilla. Masukkan tepung dan bancuhan koko.
4. Sudukan dalam Papercups 3/4 dan bakar dalam 170 degree untuk 18-22 minit. Biarkan sejuk di atas wire rack..
5. Hiaskan ikut suka..
resepi drd cni!!

cupcake~

Bahan-bahan ( 24 biji )

* bahan2 utk kek...
* -3 cawan tepung naik sendiri
* -1 cwn setengah majerin/butter
* -1 sudu teh esen vanila
* -1 cwn setengah majerin/butter
* Bahan2 utk buttercream
* -250gm butter
* -250gm gula aising
* -250gm krimwell
* -sedikit pewarna...

Cara-cara

1. putarkan majerin dan gula hingga sebati dan rigan
2. putarkan telur dalam bekas berasingan hingga kembang dan putih
3. masukkan telur kedalam bancuhan majerin&gula tadi...dan masukkan esen vanila
4. putar hingga adunan sebati
5. masukkan tepung dan gaulkan guna sudip..
6. setelah rata,, cedok sikit2 dan masukkan dlm cup...letakkan separuh cup je sbb tepung tu naik nanti..
7. kemudian bakar kek tersebut pada suhu 150 celcius selama 10 minit..agak2 laa..
8. untuk buttercream..masukkan semua bahan2 buttercream dan putar hingga betul2 ringan...
9. masukkan krim ke dalam nozzle..dan mula menghias...
10. selamat mencuba

tq resepi..

MOIST CHOC. CAKE

MOIST CHOC. CAKE
sumber: kat cni

BAHAN A : diayak

2 cwn tepung gandum
1 cwn serbuk koko
1sudu kecil baking powder
1sudu kecil soda bicarbonate

BAHAN B :

4 biji telur
2 cwn gula halus
1 cwn susu pekat
1 cwn minyak
1½ cwn air panas mendidih

CARA MEMBANCUH ADUNAN :

Pukul gula + telur = kembang (high speed) saya pukul dalam 10 minit . Kemudian masukkan susu pekat , pukul sekejap dan masukkan minyak dan pukul menggunakan aras low speed .

Masukkan bahan A iaitu tepung - sedikit demi sedikit dan kacau perlahan-plahan sehingga betul-betul sebati .Kemudian masukkan air panas dlm adunan tadi (part ni tak perlu pukul just ratakan ngan senduk kayu).

Akhir sekali saya masukkan bancuhan kek ini dalam cup kertas ( masukkan 3/4 saja bancuhan kek ini ke dalam cup kertas jangan sampai penuh)dan bakar selama 15 minit dalam suhu 180 darjah celcius atau sehingga kek masak . Cara lain untuk nak check sama ada kek dah masak ialah dengan mencucuk bahagian tengah kek dengan lidi , jika lidi yang ditarik keluar itu bersih bermakna kek dah masak .

doh aising!!

Apa itu Fondant Aising?

Memahami erti fondant sebenarnya mengelirukan . Fondant aising merupakan doh aising yang diperbuat daripada campuran gula aising, liquid glucose, gelatine, gliserin,air serta beberapa bahan tambahan yang lain. Campuran bahan bahan ini diuli hingga menghasilkan doh kental sepertimana doh pastry yang gebu dan boleh diwarnakan mengikut citarasa serta kesesuaian. Doh ini bukan sahaja digunakan untuk membalut kek kek perkahwinan, pertunangan mahupun novelty cake, malahan juga menghiasi cup cakes , mini cakes serta digunakan sebagai medium untuk menghasilkan ornament pada kek kek beraising. Selain dikenali sebagai Fondant turut dikenali dengan nama lain seperti sugarpaste, rolled icing, plastic aising dan RTR . Royal aising pula merupakan aising lembut campuran gula aising, putih telur serta acid prouduct digunakan bagi membuat piping work pada cake fondant.

Resepi Fondant

60 ml air
1 tbsp serbuk gelatin
3 tbsp sirap glucose
3 tsp glycerine
800 grm gula aising

Didalam mangkuk kaca tahan panas, sebarkan serbuk gelatin kedalam air.Biarkan ianya mengembang. Pindahkan kedalam microwave,panaskan pada suhu medium hingga gelatin mencair keluarkan campurkan syrup glucose kacau sehingga adunan sebati dan masukkan glyserin. Sekiranya adunan suam panaskan kembali didalam microwave. Pindahkan gula aising yang diayak kedalam mixer . buat lubang ditengahnya tuangkan adunan cecair kedalam lubang tersebut. Dengan menggunakan doh hook uli adunan dengan kelajuan sederhana agar adunan menjadi doh yang gebu. keluarkan serta uli dengan dengan tangan. Doh fondant sedia digunakan.

Commercial Fondant.

Disebabkan permintaan yang tinggi terhadap kecenderungan menghasilkan kek kek perkahwinan serta novelty, maka wujudnya commercial fondant. Pelbagai jenama wujud dipasaran dengan pelbagai brand antarana Bakels Pettinice atau RTR, fondx. Snow Ice, Regal Ice dan sebaginya,kesemua doh ini adalah merupakan fondant aising atau sugarpaste. Doh commercial biasanya lebih gebu, halus, lembut , elastic serta mudah dicanai. Disebabkan commercial fondant dibuat dengan tujuan commercial maka jangka hayatnya mampu bertahan berbulan2 jika disimpan didalam suhu serta keadaan yang betul. Bagi negara eropah khususnya UK , US dan negara negara dominant lain seperti South Africa dan Australia, mereka lebih gemar menggunakan commercial fondant. Ini disebabkan harga yang dijual adalah murah serta kemampuan doh ini untuk dipelbagaikan penggunaannya. Doh commercial bukan sahaja digunakan untuk memalut cake, malah mampu digunakan bagi menghasilkan fancy ornament seperti figurine , bunga, art work serta bentuk bentuk lain dengan ditambah sedikit edible gum bagi membuatkan doh ini lebih elastic atau kenyal serta tidak melekat. Doh commercial ini juga tidak mudah menyerap kelembapan serta sesuai untuk dekorasi lain seperti melukis pada sugar doh ( contohnya melukis mata pada figurine menggunakan edible pen ). Hasilnya dakwat tidak mudah meresap serta mengembang, Kemampuan ini sudah semestinya mampu menandingi kelemahan doh fondant yang dibuat sendiri yang mana, ianya kelihatan kasar,mudah berair atau lembab, berminyak, tidak elastic, mengental dengan lebih cepat serta tidak mampu dicanai dengan licin. Sunguhpun begitu commercial fondant/sugarpaste yang diimport biasanya menghadapi masalah dengan cuaca tempatan. Ada dikalanganya yang lembek berair serta melekit dan tidak kurang pula yang kurang elastic.

Modeling Paste..

Selain dari Fondant aising terdapatnya satu lagi terminology merujuk kepada sugar paste iaitu Modelling paste. Modelling paste diperbuat dari bahan yang sama seperti pembuatan aising fondant tetapi biasanya mempunyai campuran gelatin yang lebih, tinggi kandungan liquid, serta mempunyai campuran edible gum mengikut proportion tertentu. Dengan campuran proportion yang berbeza ini maka wujudla perbagai paste paste lain yang dihasilkan bagi tujuan tertentu antaranya flowerpaste, gumpaste, Mexican paste, Plaque paste, Pastillage serta Modelling fondant.

Jenis Jenis Modelling Paste.

Flower Paste / Florist Paste

Melalui pemahaman penulis, Flower paste diperbuat daripada campuran utama aising sugar , edible gum, gelatine, putih telur serta bahan bahan sampingan lain. Ianya sangat elastic, bergetah dan mempunya kemampuan untuk dicanai senipis kertas. Kegunaan paste ini adalah untuk menghasilkan bunga gula yang lebih realistic dan dilihat seakan akan hidup. Selain itu doh ini juga boleh digunakan untuk membuat fabric effect pada kek. Sesetengah brand menggunakan nama florist paste bagi merujuk flowerpaste.

Resepi Flowerpaste

500 grm gula aising
5 tsp air
2 tsp serbuk gelatin
2 tsp sirap glucose
3 tsp shortening
3 tsp edible gum
1 biji putih telur

Didalam mangkuk kaca tahan panas, sebarkan serbuk gelatin kedalam air.Biarkan ianya mengembang. Pindahkan kedalam microwave,panaskan pada suhu medium hingga gelatin mencair keluarkan campurkan syrup glucose kacau sehingga adunan sebati dan masukkan shortening. Pindahkan gula aising yang telah didiayak bersama edible gum kedalam mixer . buat lubang ditengahnya tuangkan adunan cecair kedalam lubang tersebutdan diikuti putih telur. Dengan menggunakan doh hook uli adunan dengan kelajuan sederhana selama 3 minit diiukuti kelajuan tinggi selama 1 minit sehingga adunan menjadi doh yang gebu. keluarkan dan simpan dalam seal bag . perap selama 24jam bagi proses pengentalan . Doh siap digunakan.

Gumpaste.

Sesetengah cake decorator merujuk gumpaste adalah sama dengan Flower paste. Akan tetapi resepi traditional telah membuktikan bahawa kedua dua doh ini sebenarnya berbeza walaupun tujuannya hampir sama iaitu untuk membuat bunga gula. Secara tradisinya Gumpaste diperbuat daripada campuraan bahan utama iaitu gula aising dan gelatin serta bahan lain dengan proportion tertentu bagi menghasilkan doh yang agak liat serta mudah kering apabila dibentuk. Kebiasaanya Gumpaste tidak mampu dicanai senipis kertas. Ianya mampu menghasilkan gubahan bunga gula yang nampak lebih kasar dan tidak realistic. Apa yang dapat penulis simpulkan. Gumpaste merupakan doh klasik untuk membuat bunga gula manakala flowerpaste di invent serta diperbaharui bagi menghasilkan bunga yang lebih halus serta senang dibentuk di zaman moden ini.

Resepi Gumpaste

60 ml air
3 tsp serbuk gelatin
2 tsp liquid glucose
400 grm gula aising.

sebarkan gelatin keatas air biarkan mengembang. panaskan didalam microwave atau keadah waterbath. Masukan liquid glucose.Kacau adunan hingga rata.Pindahkan gula aising kedalam Mixer . Buat lubang ditengahnya dan tuang adunan liquid kedalam gula aising. Pukul menggunakan doh hook hingga adunan kembali sebati dan bertukar menjadi doh yang kental. simpan didalam bekas kedap udara 24jam sebelum digunakan.

Mexican Paste.

Secara amnya Mexican paste juga dihasilkan sepertimana gumpaste tetapi kombinasi bahan bahannya hanya sesuai untuk menghasilkan bentuk bentuk figure. Doh yang kering biasanya sangat keras dan tidak sesuai untuk digunakan bagi menghasilkan bunga gula. Biasanya doh dibiarkan semalam bagi digunakan keesokan harinya. Figurine yang dihasilkan dibiarkan semalamam sebelum dipakai dengan baju atau hiasan lain yang diperbuat dari paste lembut lain seperti flowerpaste.

Resepi Mexican Paste

250 grm gula aising
3 tsp edible gum
1/2 tsp cream of tartar

2 tbsp air panas
2 tsp shortening
1 tsp liquid glucose

campurkan bahan kering kedalam mangkuk. campurkan liquid glucose bersama air panas kacau rata dan masukkan shortening. kacau hingga adunan sebati. Panaskan adunan ini menggunakan kaedah waterbath. Tuangkan adunan gula aising kedalam adunan liquid ini dan kacau diatas api hingga ianya bertukar menjadi paste yang melekit. kaupkan adunan dan simpan didalam seal plastic bag.. rehatkan doh selama 3 jam sebelum digunakan.

Modelling Fondant/paste..

Jangan terkejut jika kita menemui resepi di internet yang ditulih modeling fondant atau modeling paste. Penulis mengklasifikasikan modeling paste ini sebagai doh yang tidak berbeza dari doh gumpaste. Doh modeling paste ini biasanya boleh digunakan untuk membuat ornament pada cake seperti cartoon, animal, serta bunga bunga gula.

Resepi Modelling Fondant

30 ml air
2 tsp gelatin
1 tsp liquid glucose
160 grm gula aising


sebarkan gelatin keatas air biarkan mengembang. panaskan didalam microwave atau keadah waterbath. Masukan liquid glucose.Kacau adunan hingga rata.Pindahkan gula aising kedalam Mixer . Buat lubang ditengahnya dan tuang adunan liquid kedalam gula aising. Pukul menggunakan doh hook hingga adunan kembali sebati dan bertukar menjadi doh yang kental. simpan didalam bekas kedap udara 24jam sebelum digunakan.


50 / 50 Paste.

Campuran 1: 1 seperti 100 grm commercial fondant serta 100grm commercial flower paste akan menghasikan doh 50/50. Doh ini digunakan untuk membuat ornament pada cake seperti figure, animal, ornament, etc . sungguhpun begitu di Malaysia khususnya doh ini kurang sesuai digunakan kerana ianya menghasilkan doh yang tidak tahan lama. Selain itu juga ianya agak mahal kerana ianya hanya berhasil jika menggunakan campuran doh commercial dan bukannya doh yang dibuat dari resepi asal.

Resepi 50/50 paste

50 grm comercial fondant
50 grm comercial florist paste

campurkan kedua dua doh aising ini dan uli dengan sedikit shortening.
Sedia digunakan.

Thanx 4 d info..

Friday, April 8, 2011

Putu Mayam Goreng

Resepi mcm menarik..Jom try!!Dah alang2 ade resepi putu mayam td=)

Bahan-Bahan:
10 keping putu mayam
3 biji telur
1 sudu besar minyak atau marjerin
½ sudu teh serbuk lada 1 batang daun bawang
6 labu bawang merah
1 labu bawang besar
Garam secukup rasa

Cara:
Hiris bawang merah dan daun bawang sepanjang 1 cm. Potong bawang besar berbentuk dadu berukuran 1 cm. Pukul telur hingga hancur. Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan bawang merah dan kacau selama 1 minit. Masukkan bawang besar. Kacau selama 1 minit. Masukkan telur dan kacau rata-rata. Masukkan lada serbuk. Masukkan putu myam dan hancur-hancurkan semasa menggoreng. Masukkan garam. Kacau hingga putu, bawang dan telur menjadi mesra. Semasa menghidang, taburkan daun bawang.

TQ utk resepi ni=)

putu mayam..fav umi=)




~Untuk membuat putu~
Bahan-bahan:(bleh dapat dlm 20 biji)

1 kg tepung beras
1.5 liter air panas
Garam secukup rasa
Alat atau acuan muruku (yang mata paling halus).

Cara penyediaan putu:
1)Panaskan air dalam bekas kukus. Lapikkan kain putih bersih sebagai pelapis pada bekas pengukus.
2)campurkan tepung beras dengan garam dalam sebuah bekas.Masukkan air panas sikit - sikit ke dlm bekas. Adunan putu ni keras sikit, tak macam adunan kuih lain. So,kacau ngan senduk kayu sampai sebati menjadi doh.
3)Tp,bleh jugak adun pkai tangan dan doh yang dibentuk perlulah tidak melekat pada tangan anda. Bahagikan doh kepada 3 atau 4 bahagian.
4)Masukkan bahagian doh kedalam acuan muruku dan dan mulakan pemutaran atau pemerahan mengikut saiz yang diperlukan. Putuskan bahagian terakhir di setiap kepingan dengan menekan sedikit kepada putu mayam supaya tidak terbarai apabila sedia masak.
5)Kukus 5-10 minit.

TIPS:
***Kalau ingin warna hijau atau berwangi pandan,masukkan dua helai daun pandan dalam air kukusan yg mendidih dan bleh jugak campurkan perwarna hijau dalam adunan.

~Untuk membuat kuah manis~
Bahan2:
# santan (sebiji kelapa)
# Setengah kerek manisan (gula melaka)
# 3 sudu besar tepung beras (sangaikan)
# daun pandan
# secubit garam
# 2 biji telur (pukul dulu sikit)

Cara Penyediaan:
1)Masakkan santan dan manisan dalam satu periuk, masukkan daun pandan.
2)masukkan tepung beras yang dah disangai, kacau sebati. Apabila kuah dah agak mendidih sikit baru masukkan telur dan kacau sentiasa agar telur tak membeku.
3)Ok,dah siap kuah dan putunya, boleh la menjamu selera=)

TIPS:
**Penyediaan paling mudah untuk pencicah putu mayam adalah dgn menghidangkannya bersama kelapa parut (100gm) dan gula perang/gula merah (100gm).

Okies,siap..Gambar hasil carian pkcik google dan resepi dipinjam daripada myresepi dan jgk cni .TQ

Wednesday, April 6, 2011

serabai



BAHAN SERABAI :-)
500 g tepung beras
300 g nasi, kisar halus dengan sedikit air
1 liter santan, masak hingga suam
1 1/2 camca teh instant dried yeast
Garam secukup rasa

BAHAN KUAH GULA :-)
1 cawan gula perang (gula timbang)
2 cawan santan
2 biji pisang, dihiris
2 helai daun pandan, disimpul
Secubit garam

CARA MEMBUATNYA :-)

1. UNTUK SERABAI :- Bancuh semua bahan2 untuk serabai kecuali santan. Kacau rata dan tuang santan suam sedikit demi sedikit sehingga mandapat bancuhan yang sempurna, tak pekat sangat atau cair sangat, seperti bancuhan membuat kuih cara. Perap adunan tadi 2 jam (bleh jgk kalo lama sikit). Panaskan non-stik pan. Lenser sedikit minyak dan tuang aduanan tadi kurang lebih 1 senduk lauk, biar masak dengan api perlahan sehingga permukaannya berbuih dan menghasikan lubang

Tutup sekejap dengan tudung periuk, bila serabai kelihatan kering, boleh lah diangkat, hidangkan bersama kuah gula...

2. UNTUK KUAH GULA :-) Satukan semua bahan untuk kuah gula kecuali pisang, masak hingga semua larut, tapis dan masukkan kembali ke dalam periuk. Tambah pisang dan renih hingga kuah pekat. Sejukkan dan hidang bersama kuih serabai.....sedapppp!!!!

CATATAN :- Kalau tak de gula timbang, boleh guna gula melaka dan campur dengan gula pasir (yg ni manis ikut tekak masing2, tapi seelok2nya jangan lah manis sangat). Masak ni guna non-stick pan sb tak de tmpat acuan mcm masak kuih cara...