BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, June 7, 2010

paprik!!~

Resepi PAPRIK AYAM
Bahan2nya

Ayam (agak2-tak perlu terlalu banyak- dipotong kecil dan dibersihkan).
Sotong
Udang
2-3 biji cili merah - ditumbuk lumat (kalau nak pedas tambahkan cili api)/bleh digantikan dgn 2 sudu besar cili giling
3-4 ulas Bawang merah - ditumbuk lumat
2-3 ulas Bawang putih - ditumbuk lumat
1 labu Bawang besar-dimayang
2 inci halia
Beberapa helai daun limau purut
2 batang serai-dititik
Bunga kobis/brokoli **
Kacang panjang/kacang buncis **
Karot **
Putik jagung **
Tomato **
Garam, aji, gula, secukup rasa.
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
5 sudu besar sos tiram

**dipotong mengikut citarasa masing2

Cara2nya

1. Ayam direbus bersama halia, sedikit garam dan aji (kalau suka). Air jangan terlalu banyak, rebus biar tingal sket je air. Jangan masukkan banyak garam.

2. Alternatif,bleh goreng ayam tersebut.Tp.jika direbus, air rebusan tu bleh guna untuk menambahkan kesedapan paprik + kurangkn penggunaan minyak dlm masakan=)

3. Tumiskan bahan yang ditumbuk bersama serai sehingga naek bau.Agak2 macam dah nak kering,masukkan cili.

4. Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram & kicap manis.

5. Masukkan ayam bersama air rebusannya. Biarkan didih seketika.Kalau nak berkuah bleh masukkan air.Tp bg yg ske kering,cukup sekadar air rebusan ayam tu je.

6. Masukkkan udang & sotong.Oleh sebab ayam dah direbus.kita tak perlu masak lame sangat.

7. Carik-carikkan daun limau purut dan masukkan bersama-sama sayur bertanda ** yang dah dipotong berserta bawang besar yang dimayang.Bubuh serbuk perasa & sket gula,garam.

8. Apabila sayur nmpak layu sket,tak terlalu keras & masakan dah naek bau, bleh la diangkat & hidang semasa panas.

9. Semasa hidangan,bleh diperah sket ngan limau kasturi=)


0 comments: