BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, November 15, 2009

sup tauhu jepun..

wah,tauhu ni import dr jepun ekh..wakakaa..1st time kenal tauhu jepun ni ms dok kt hostel,trus ske..fav laa..nyam2..cedap..lembut..laen drpd tauhu kte yg bese tu=)

Bahan-bahan ( utk 4 orang )

* 2 paket tauhu jepun
* 2 biji bawang merah (dihiris)
* 4 biji bawang putih (dihiris)
* 3 biji cili padi (dihiris)
* 1 biji kentang (potong dadu)
* 6 biji cendawan butang (potong2)
* 3 keping tauhu kering(rendam dan potong2)
* 2 sudu besar sos tiram
* tepung jagung secukupnya utk memekatkan sup
* minyak sedikit untuk menumis
* kalo suka bole tambah ayam

Cara-cara:

1. potongkan tauhu jepun ikot saiz yang anda inginkan,kemudian goreng,tak perlu garing,kemudian angkat dan ketepikan
2. panaskan minyak lepas mengoreng tauhu tadi,kemudian tumis bawang dan cili,kalo sekiranya tambah ayam,masukkan ayam,kemudian kacau sekejap,lepas tu baru masukkan sos tiram,bagi air sedilit
3. kemudian masukkan kentang yang dipotong tadi,bila dah agak lembut,masukkan tauhu kering dan cendawan tadi.
4. akhir sekali masukkan tauhu jepun yang sudah digoreng tadi,masukkan air mengikut kesukaan anda,kemudian bancuh tepung jagung dan masukkan dalam sup tadi,
5. kepekatan nya terpulang kepada anda,bila dah masak bole lah dihidang kan,jiaskan dengan taburan daun sup
6. bole dimakan bersdam nasik atau pun roti perancis,nyum...nyum... memang sedap.

tq to tmpat cilokku http://www.myresipi.com

0 comments: