BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, November 17, 2009

cencaru sumbat lg~


Bahan2:

3 ekor ikan cencaru dibersihkan dan belah belakang
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
7-8 biji cili besar
Kunyit hidup sebesar ibu jari
Halia sebesar ibu jari
Garam
Gula
Fish sauce

Daun kunyit
Serbuk kunyit
Minyak

Cara2:

1. Gaul ikan dengan serbuk kunyit dan garam. Letak tepi
2. Blend semua bahan dan masak sampai garing
3. Sumbat cili yang dah masak tu dlm ikan yang di belah belakang
4. Bungkus ikan yang dah disumbat dengan daun kunyit
5. Goreng ikan dengan menggunakan 2 alat seperti pengepit dan sudip di dalam kuali leper untuk mengelakkan cili drpd keluar. Kalau keluar, pandai2 control la ek.. Siap..

wah!cm senang..yg pntg,sedap=)
tq utk resepi ni=)

ikan cencaru bakar,sumbat asam

Bahan-bahan ( utk 2 orang ):

* 1 ekor ikan cencaru (dibersihkan dan dibelah belakang)
* *4 ulas bawang merah
* *2 ulas bawang putih
* *1 inci halia
* *1 inci kunyit hidup
* *sedikit belacan
* *sedikit manisan/gula melaka
* garam dan serbuk perasa secukupnya
* 2 s/b cili kisar
* sedikit air asam jawa

Cara-cara:

1. Bahan2 yang bertanda * ditumbuk sehingga hancur/ lumat.
2. Kemudian satukan bahan tumbuk dengan cili kisar dan air asam jawa. Selepas itu perasakan dengan garam dan serbuk perasa secukup rasa.
3. Sumbatkan bahan tumbuk tadi ke belakang ikan yang telah dibelah.
4. Selepas itu bolehlah dibakar hingga masak.

amek drp myresepi.com..tq

ikan cencaru sumbat


bahan2:

ikan cencaru (nak pakai ikan lain pun buleh aje..ikan kembung besar ke)-1 ekor
inti dalam:
1 labu bawang besar
1 biji bawang putih
2 cm belacan
2 biji lada merah
6 biji cili api
1 cm Halia

sedikit kunyit ,Garam secukup rasa ,secubit gula

Air Asam Pencicah:
1 labu bawang besar beberapa biji cili api
Asam Jawa (diperah dengan ½ cawan air)
3 biji limau kasturi Sedikit belacan Gula dan garam secukup rasa

sambal Kicap:
kisar bawang besar 2 bj,bawang putih 2 ulas,cili api/hidup 4 tangkai,garam dan gule sekali
kemudian perahkan air limau kasturi...tuangkan kicap...siap..sedap ni!!try try..=)

Cara:

Saperti biasa ikan dibersihkan dan dibelah perutnye.
bawang putih, merah dan lain-lain ditumbuk lumat digaul dengan garam gula.
kemudian,gorengkan dengan menggunakan sedikit minyak,sampai agak2 garing dan diangkat.
kemudian mulela menyumbat perut ikan td dgn bahan tumisan td...dah siap sumbat..

petua bonda..sapukan telur putih kat bukaan yg disumbat td..supaya bila goreng takdela terkeluar..petua bonda satu lagi hehe jahit aje..aku jahit dgn jelujur kasar..hadoiii sebab telur dah abes!=))

kemudian,goreng ikan tadi dalam minyak panas...

Untuk bahan pencicah hiriskan bawang,cili gaul rata bersama belacan,limau,gula dan garam dan air asam.
p/s : ni edit dr tuan punye blog..kalo blend halus sangat..so,dia hiris dadu..patotnye tumbuk pkai lesung..jd tak ummph sangat la kan..and nak tambah keaslian nye kene ade daun kunyit..dimayang dan dipotong halus....gorengkan sekali waktu menumis garing..
ade juge orang sumbat pakai inti kelapa...itu pun lagi sedap,dan lebih berlemak rasenye...tp xnk la mkn yg lemak2 je.takot gmok + senang dpt saket..huhuu

tq tuan punyer blog ombakungu

ikan keli goreng berlada~

ble collect byk2 resepi ni baru la dtg idea cmne nk msk..hahahaa.ni keli berlada,laen sket ngan version smbal punye..ni kre da tau jgk la cmne nk wt ikan keli goreng garing yg my encem ske tu=)

Bahan:

5 ekor ikan keli
10 cili merah dikisar
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 cawan air asam jawa
sepotong kecil belacan secukup rasa
sedikit serbuk kunyit
garam secukup rasa
gula secukup rasa

Cara:

Bersihkan ikan keli dan gaul dengan garam dan sedikit serbuk kunyit.
Panaskan minyak dan goreng ikan sehingga masak sedikit garing, ketepikan.
Tumis bahan-bahan yang telah dimayang hingga separuh garing.
Masukkan cili kering kisar dan tumis hingga pecah minyak.
Masukan air asam jawa,belacan garam dan gula.
Masukkan ikan dan gaul sebati, hidangkan.

tq tmpt cilok resepiku..jejari access

ikan keli bakar cicah air asam..


nyam2..cedapnye..ske=) mekasih kat halaqah.net lg..

cara2 wt ikan bakar:

5 ekor ikan keli, cuci dengan sedikit garam, asam jawa, limau nipis, dan daun limau purut..(petua bg x hanyir)..pastu,bilas dan toskan.

lumurkan ikan keli dengan sedikit garam.

Bakar atas arang atau gunakan daun pisang letak dalam kuali non-stick.

Tutup kuali dan biar ikan bau harum dan kekuningan.


Bahan-bahan utk cicah:

bawang, buah tomato, cili api, garam, asam jawa dan sedikit belacan.

Cara buat air asam:

hiris bawang, cili api, tomato. Gaulkan dengan air asam jawa dan sedikit belacan. masukkan garam.

Selesai, boleh makan....

ikan keli sambal


bahan2:

10 ekor ikan keli digoreng sehingga garing
100 gm cili kering dikisar dengan 2 biji bawang besar
1 sudu besar rempah biji/ketumbar
bawang besar
bawang putih
1 cawan air asam jawa asam jawa
sedikit kicap

cara2:

Mesin kesemua bahan dan ditumis sehingga pecah minyak. masukan garam, kicap dan air asam jawa dan serbuk perasa aji nomoto.
Akhir sekali masukan ikan keli goreng, balik-balikkan dengan sudip dan angkat, serta hidangkan.

tq sb ni pon dr halaqah.net jgk..

ikan keli msk lemak cili padi..


xreti n xpenah msk ikan keli..kt rmh memg xpenah mamam..tp ske je..blaja mamam time dok kt hostel..lgpn kt rmh my encem mamam ikan ni,kne la blaja=)

Bahan-Bahan:

1 kilo ikan keli sawah (tak mao keli afrika )
1 biji kelapa - asingkan pati
50 biji cili padi
dua biji pisang muda (sederhana besar)
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
½ inci kunyit hidup.
Limau kasturi
Garam secukup rasa

Cara:

Kisar cili padi, bawang, dan kunyit hidup.
pisang muda yang dipotong-potong (tak perlu buang kulit. Cuma basuh bersih-bersih) .

Masukkan ke dalam periuk yang telah dipanaskan. Masukkan ikan keli yang sudah dikelar. Kemudian masukkan lebihan santan cair. Kacau, jangan bagi pecah minyak. Masukkan garam. Setelah ikan masak masukkan pati santan. Tutupkan api, perahkan limau. Bolehlah dihidang
Cadangan Hidangan:
Hidangkan semasa panas.

Tambahan:

Cili padi memang banyak, tak pedas sebab ada pisang dan limau. Kalaau nak lagi pedas boleh tambah lagi. Pisang tu tak perlu dibuang kulit. Masakan ni akan berwarna kehijauan dan agak pekat berbanding gulai biasa. Jangan kacau terlalu kuat sebab ikan senang hancur. Selamat memasak.

tq sb copy paste je dr halaqah.net

tomyam campur lg~


BAHAN-BAHAN :

BAHAN A:

500 gm sotong
500 gm udang
300 gm ayam
300 gm daging
1 peket cendawan
2 peket pucuk jagung
1 batang carrot

BAHAN B:

2 kiub stok tomyam / 8 sudu pes tomyam
8 biji cili api- dititik
2 biji limau nipis- ambil jus saja
1 biji bawang besar
3 inci lengkuas
1 biji bawang putih
2 batang serai- dititik
6 helai daun limau purut
3 cawan air
1 sudu kecil gula
Garam secukup rasa

*Semua bahan boleh ditambah ikut citarasa sendiri macam pedas , masam dan masin . Kalau nak lebih kuah tambah la air lagi.

* Kalau guna kiub tomyam Maggi selalunya kuah akan jadi masam so tak payah guna jus limau nipis .

CARA MEMASAK :

1) Bersihkan semua bahan A dan potong ikut cita rasa sendiri.

2) Masukkan air dalam periuk bersama pes tomyam, lengkuas , bawang besar/putih, serai,cili api dan biar sampai kuah mendidih. Kemudian rasa kuah sedikit dan masukkan jus limau nipis , garam , gula dan kacau.

3) Masukkan semua bahan B kecuali udang /sotong dan kacau , biar sampai kuah mendidih dan semua bahan masak baru la last sekali di masukkan udang dan sotong , kacau sekejap sampai udang masak dan boleh la ditutup api.

tq!amek resepi ni kt resepi sedap=)

tomyam campur (pek tomyam putih adabi)


Bahannya:

200gm daging [potong kecik2]
3 btg serai [diketuk]
5 ulas bwg putih [diketuk]
3-4 biji cili padi ikut masing2 selera [dibelah]
bunga kubis ]
kobis ]potong ikut suka
carrot ]
putik jagung [takde]
2 pek tomyam putih adabi
sedikit garam
air secukupnya
sedikit daun ketumbar
daun limau purut
jus limau nipis secukupnya

Caranya:

1.Rebus daging hingga empuk, masuk bwg putih, cili padi, serai dan perencah tomyam. Masak hingga mendidih.
2.Masuk sayur yg keras dulu. Biar seketika dan taruk sayur kobis.
3.Masuk daun limau, jus limau, garam secukupnya. Biar mendidih seketika lagi.
4.Akhir sekali tabur daun ketumbar sblm dihidang. Siap.

tq sb amek resepi ni kt koleksi resepi

complete tomyam campur~

Bahan-bahan:

Ayam - 1/4 ekor (dipotong kecil)
Daging - 250 gm (dipotong kecil)
Udang - terpulang pada tukang masak

Bahan A –

3 inci halia
6 ulas bawang merah
20 biji cili api(seeloknya yg dah masak berwarna merah)

Bahan-bahan lain:

Minyak masak - 1/5 cawan
Serai - 6 btg serai (diketuk) - lebih pun boleh
Lobak merah - 2 btg (dipotong)
Bunga kubis - 150 gram
Putik jagung - 2 bungkus
Tomato - 3 biji (potong 4)
Bawang besar - 3 biji (potong 4)
Daun limau purut - 3 atau 4 helai
Limau nipis - ambil airnya, dan ikut keperluan
Batang saleri - 2/3 btg dari sepokok (potong panjang 1/2 in) cili api - diketuk (jika rasa perlu untuk tambahkan kepedasan)
Sos ikan - dalam 1 atau 2 sudu
Air
Garam
Bahan perasa - jika berminat

Cara memasak:

1. Panaskan minyak dalam periuk, dan tumiskan bahan2 yang dikisar (Bahan A).
2. Masukkan juga serai yang telah diketuk. Tumis sehingga pecah minyak.
3. Masukkan daging yang telah dipotong. Masak sehingga empuk. Dalam proses ini, sedikit air perlu !
4. ditambah, hanya utk menyempokkan daging.
5. Bila daging telah empok, masukkan ayam. Masak lagi sehingga ayam 3/4 masak. Tambahkan air hingga paras air tu... 1 1/2 kali ganda dari bahan2 yang ada didalam periuk tu.
6. Masukkan udang jika berminat. Masak lagi hingga air mengelegak.
7. Masukkan lobak merah, putik jagung dan bunga kobis. Masukkan juga daun limau purut. Cili api yg telah diketuk (pastikan dulu tahap kepedasannya - mungkin anda telah berpuas hati).
8. Masukkan jua... tomato dan bawang besar, serta batang saleri. Sos ikan dan garam serta bahan perasa jika berminat. Pastikan mengelegak.... dan tutupkan api.
Akhir sekali masukkan perahan air limau.... Seimbangkan rasa masin dan masam.....

wah!!pnjgnye resepi ni..huhuhuu.tq resepi4u..

tomyam campur(pkai pes tomyam)

Bahan:

100 gm isi ayam
100 gm udang
100 gm sotong
100 gm bunga kobis
1 biji tomato (dibelah 4)
1 biji bawang besar (dihiris)
2 batang serai (diketuk)
8 biji cili padi (diketuk)
1 ulas bawang putih (diketuk)
1 sudu besar pes tomyam
1 batang celery (potong kecil)
3 helai daun limau purut (koyakkan)
Air & garam secukupnya

2 biji limau nipis (ambil jus)
1 pokok daun ketumbar (cincang)

Cara membuat:

1. Masukkan semua bahan kecuali limau nipis dan daun ketumbar dan renehkan sehingga semua bahan lembut.
2. Masukkan air limau nipis dan daun ketumbar dan hidangkan.

tq to serikasih

tomyam asli


b4 ni penah msk tomyam tp yg instant je..teringin nk blaja wt sdri paste die..huhuhuu.my encem ckp ske mamam tomyam..kne blaja=)

Bahan-bahan:

Semangkuk kecil isi daging ayam (dipotong dadu)

2 biji tomato (ambil sebiji yang sudah merah tua, dipotong dadu, sebiji lagi muda di belah 4)

½ batang lobak merah – dihiris nipis

4 putik jagung (dibelah 4)

Sedikit kobis bunga- potong kecil

1 inci halia - diketuk

3 batang serai - diketuk

2 pelepah daun kesum

Daun sup & daun bawang (untuk hiasan)

3-4 helai daun limau purut

Sebiji bawang besar - potong membulat

Sebiji limau nipis (ambil jus-jika suka)

2 sudu gula pasir

Garam secukup rasa

1 senduk minyak untuk tumis

3 gelas air atau lebih


Bahan untuk ditumbuk:

5-6 biji cili api warna merah (jenis panjang)

2 ulas bawang merah

Seulas bawang putih

Sedikit garam


Cara masak:

1. Masukkan minyak dan bahan yang telah ditumbuk dalam periuk. (jangan panaskan minyak awal2) . Nyalakan api kecil.

2. Masukkan sebiji tomato merah yang telah dipotong dadu kecil.

3. Masukkan serai dan halia yang sudah di ketuk. Biarkan merenih selama kira-kira 5-7 minit. Kacau sekali sekala supaya tak hangit. (jika cara masak betul, tumisan tak kan menyebabkan bersin, jadi api mesti kecil)

4. Masukkan ayam dan ½ cawan air. Gaul dan tutup periuk. Biarkan sampai daging ayam empuk (15 minit). Gunakan api sederhana.

5. Masukkan putik jagung ,bunga kobis dan air (3 gelas). Biarkan air menggelegak.

6. Masukkan lobak merah, tomato muda (potong 4), Daun limau purut, daun kesum dan bawang besar. Tutup periuk selama 2-3 minit.

7. Akhir sekali masukkan garam , gula , cili api yang tidak dipotong dan air juz limau nipis. Matikan api dan tutup periuk.

8. Taburkan daun sup dan daun bawang semasa menghidang.

Sedap dihidang dengan sambal belacan, timun dan sayur kailan. Jus limau nipis hanya untuk menambah kemasaman, jika ada masalah sakit gastrik tak digalakkan.

tq utk resepi ni, peti besi resepi..

cendawan goreng


ske mamam cendawan grg..tbe2 jmpe resepi ni time godek2 sajiOnline..sume jenis mskn cendawan kre fav la ni=) jom,resepi ni simple gle..rugi xtry~

BAHAN-BAHAN:

500 gm cendawan

1 sudu kecil lada hitam (kisar)

1 sudu kecil serbuk lada sulah

4 biji telur

Garam secukup rasa



CARA MENYEDIAKAN:

1. Telur dipukul dan dicampurkan de-ngan lada sulah, lada hitam dan garam secukup rasa.

2. Kemudian celupkan cendawan dan goreng sehingga masak.

pucuk ubi masak lemak~


dlu penah msk sayur ni kt rmh..tp dah lme xmsk,ntah2 dah lpe.huuu..so,wajib share kt cni spya senang nk dirujuk!hehehee.ni sayur yg slalu mamam time dating tau=)

BAHAN-BAHAN (utk 5 org):

1 kg pucuk ubi

5 ulas bawang merah (kisar)

2 ulas bawang putih (kisar)

3 cm halia (kisar)

2 cm kunyit hidup (kisar)

20 gm udang kering (kisar)

3 batang serai (ketuk)

3 helai daun limau purut

3 cm lengkuas (ketuk)

10 tangkai cili api (kisar)

1 liter air

5 cawan santan

Garam



CARA MENYEDIAKAN:

1. Rebus pucuk ubi hingga masak. Kemudian ketepikan dan tos.

2. Dalam periuk yang lain masukkan air, santan, bahan kisar, serai, lengkuas dan daun limau purut, lalu dikacau hingga santan mendidih.

3. Selepas itu masukkan pucuk ubi rebus dan kacau rata.

tq to sajiOnline jgk..

lemak pucuk paku ngan udang~


tq to sajiOline lg.. my encem mest ske ni..hehehe.slalu kalo mamam kt luar bese amek lemak pucuk ubi=)

BAHAN-BAHAN:

1 ikat pucuk paku

200 gm udang

2 cawan santan

9 tangkai cili padi (tumbuk)

3 cm kunyit hidup (tumbuk)

1 keping asam gelugur


CARA MENYEDIAKAN:

1.Satukan santan bersama bahan tumbuk dan asam gelugur dalam periuk.

2.Bubuhkan garam dan renehkan sehingga mendidih.

3.Kemudian masukkan udang. Biarkan udang masak. Renehkan lagi.

4.Akhir sekali masukkan pucuk paku. Setelah pucuk paku layu matikan api




soto banjar!~


wah!!ade soto banjar jgk ekh..ni wajib blaja smpai pandai!hehhee.my encem kn org banjar,advantage ni kalo reti msk=)

BAHAN-BAHAN:

1 ekor ayam (potong dua)

2 liter air

1 batang kulit kayu manis

4 kuntum cengkih

2 biji buah pelaga

5 ulas bawang putih

10 ulas bawang merah

1/2 sudu besar lada hitam

100 gm suhun (rendam)

Daun bawang

2 biji telur rebus

Bawang goreng

Kentang (goreng dan potong panjang)

BAHAN SAMBAL:

6 tangkai cili merah

15 tangkai cili padi

4 biji buah keras (bakar)

1 sudu kecil belacan

Gula dan garam



CARA MENYEDIAKAN:

1. Rebus ayam hingga masak dan angkat. Siatkan isinya.

2. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bawang merah dan putih yang dikisar hingga garing.

3. Masukkan buah pelaga, kulit kayu manis, dan bunga cengkih.

4. Tuangkan lebihan air rebusan dan bubuhkan garam dan lada hitam.

5. Rebus selama setengah jam.

6. Sewaktu menghidangkan, bubuhkan suhun, isi ayam, bawang goreng, daun bawang, kentang dan juga nasi impit.

nyam2!!mekasih ye sajiOnlinennt bleh la my encem rs msknku..mest try blk ni=)

nasi tomato complicated sket=)

wlaupn title nye complicated,tp ske la ngan explaination oleh tuan punye resepi ni..sume diterangkan..so,dats y kte share resepi ni..hehehe.tp nmpak gaya cm pkai byk modal la resepi ni..xpe2,utk mule2 blaja,pkai resepi yg simple cm b4 ni ye=) tq to http://auntyn.blogspot.com

Bahan-bahan:

Bahan untuk Nasi:

5 cawan Beras wangi atau Basmathi ( kalau tak ada beras biasa pun boleh)
1 cawan susu cair (condense milk pun boleh tapi kena campur dgn air ½ cawan susu + ½ cawan air, nanti manis sangat nasi tu).
1 tin kecil pes tomato + air (jadikan 1 cawan air tomato, kalau untuk nasi minyak sahaja, tomato paste tak payah gunalan)
5 - 6 cawan air rebusan ayam atau daging (lebihkan air kalau beras yang jenis keras sikit, kurang kalau beras lembut)
Garam secukup rasa.

Bahan untuk menumis:

2-3 ulas bawang merah di hiris nipis-nipis
2 ulas bawang putih juga diris nipis
1 inci halia dihiris halus
1 biji buah pelaga
1 biji bunga lawang
3 inci kulit kayu manis
3 sudu minyak sapi (ghee)
2 sudu margerin atau butter
1 sudu minyak masak biasa (minyak kelapa atau soya atau apa2 lah)
Daun pandan 2 helai kalau ada.

Bahan untuk hiasan:

*Kismis
*Badam
*Gajus
*Bawang goreng
*Hirisan daun bawang dan daun sadri, atau daun pudina/mint.

Cara memasak:

Mula2 buat air rebusan ayam atau daging
Caranya:
Ayam/daging di basuh dan di potong
Rebus dengan air sehingga air mendidih. Masukkan sedikit garam.
Kandungan air mestilah cukup untuk nasi seperti di atas (kat bahan2 tu !)
Ambil air sahaja untuk nasi.

Kalau ayam yang digunakan, ayam boleh diperap dengan kicap dan sedikit gula atau madu. Kemudian di goreng jadikan ayam berkicap, sedap dimakan dgn sos.
Kalau daging sama jugalah, perap dengan kicap dan kemudian masak sampai daging empuk, masukkan gula sikit, ubi kentang yang dipotong nipis membulat. Masukkan daun bawang dan hirisan bawang besar.
Ini pun dah jadi resepi dalam resepi ni. Tak pe lah resepi bonus jadinye.


Cara nak masak nasi:

1. Basuh beras dan toskan. Kalau nak guna rice cooker, masukkan beras yang telah ditoskan ke dalam rice cooker.
2. Panaskan minyak (yang tiga jenis tu) di dalam periuk lain.
3. Masukkan bahan-bahan tumisan (bawang merah, bawang putih, rempah2 etc.)
4. Kalau ada daun pandan masukkan sekali.
5. Bila bawang dah kuning, garing sikit, bau pun dah naik, masukkan air rebusan dan susu
6. Masukkan kan garam secukup rasa. Kalau air rebusan dah di tambah garam, kurangkan garam dalam nasi ni.
7. Kacau selalu, bila dah mendidih, angkat dari dapur dan masukkan ke dalam rice cooker yang berisi beras. Masak macam biasa masak nasi.
8. Bila nasi dah kering, kacau dan lihat samada lembut atau masih keras. Kalau agak keras atau nak lembutkan lagi, masukkan air rebusan atau air panas biasa ke dalam rice cooker dan tutup hingga masak.
9. Kalau tak pakai rice cooker, sampai kat step 7 di atas, masukkan beras yang ditoskan tadi ke dalam periuk. Kacau, rasa garamnya dan tutup. Api biar sederhana, nanti yang bawah akan hangit dan yang atas masih mentah.
10. Biarkan nasi kering. Kacau dan kecilkan api. Biar sampai nasi masak. Masukkan daun sadri atau mint ke dalam periuk kacau dan tutup. Nasi akan menjadi lebih harum.

Untuk hiasan:

*Hirisan badam dan gajus di goreng hingga kuning.
*Kismis boleh digoreng atau tidak di goreng
*Bawang merah di mayang nipis dan di goreng
*Daun sadri dan daun bawang di hiris halus.
*Bila nasi dah masak sempurna, sendukkan ke dalam pinggan dan taburkan bahan-bahan hiasan.

begedil daging



Bahan-bahan ( utk 3 orang )

* 2 bj kentang
* segenggam daging cincang ramly(bleh pkai daging bese,cincang sdri/aym cincang)
* daun sup dicincang halus
* 5 sudu besar bawang goreng
* satu sudu kecil garam n perasa secukupnya
* 1/2 sudu kecil lada sulah (bleh bubuh lada hitam kalo nk pedas)
* 1 biji telur (di pukul)


Cara-cara:

1. kentang dipotong dan digoreng hingga garing.
2. setelah garing, tumbuk atau lenyekkan kentang itu hingga hancur.
3. kemudian ambil daging cincang dan gaulkan bersama kentang yg sudah dilenyek td.
4. setelah itu masukkan daun sup, bawang goreng, lada sulah,perasa dan garam.
5. gaul hingga semua bahan sebati. kemudian ambil sedikit dan bulat2kan dengan saiz sederhana
6. akhir sekali, celupkan dalam telur dan goreng.

#instead of kte grg kentang td,bleh jgk direbus..potong sedang2,bg cpt empuk..pastu lenyekkn ikot resepi kat atas td=)

#ada sesetengah org, dia celup begedil tu untuk goreng ngan telur putih yg telah dipukul saja. dia lebih kembang dan byk kerak. tp kn, bila terlalu kembang dan byk kerak akan lebih berminyak.huhuhu.it's up to you..

#tips elakkn begedil pecah time nk palingkn dlm kuali:make sure api cukup kuat dan minyak mesti cukup panas. so, pastikan b4 menggoreng, minyak tu dah cukup panas ye..

#last tips xnk bg hancur time goreng:ade org bubuh sket tepung gandum time gaulkan sume bhn2 nk wt begedil ni..bg die pekat sket kot..tp xpenah try lg cmtu..huhu.

dah edit2 resepi ni..hehehe.tq
http://www.myresipi.com

macaroni grg



kebetulan jmpe resepi ni,terpk nk msk kt rmh sb aritu ade bli macaroni tp x abez lg..so,bleh la try..nmpak cm simple..eheh..konon la..so,kne try dlu=)

tq!dr fotopages yg penah ku pnjm resepinye http://ezza-79.fotopages.com/?entry=1487516

nasi tomato ni cm menarik je=)



klik kt image ye kalo nk tgk lg jelas.hehhee.pnjam gmbo kt fotopages akak ni http://ezza-79.fotopages.com/?entry=1463623

moi simple

Bahan-Bahan:

Bahan A

beras 1 ½ cawan
air 1 liter
ayam 100 gram (potong dadu)
daging 100 gram (potong dadu)

Bahan B

serbuk lada hitam ½ sudu kecil
serai 2 batang dititik
daun kesum
garam secukup rasa
bawang goreng dimasak bersama bubur

Cara msk:

masak bahan A sehingga mendidih dan beras kembang. Kemudian masukkan bahan B dan masak sehingga masak. Tambah air secukupnya jika bubur nampak terlalu pekat.(berdasarkan jenis beras yg digunakan).

Cadangan Hidangan:
taburkan ikan bilis goreng dan bawang goreng semasa dihidangkan.

tq to http://resepi.mesra.net/Detailed/4357.shtml

kt kawasan cni,kalo ade pasar mlm je ske sgt bli moi sup..so,nnt nk try la wt resepi moi sup sdri=)

nasi tomato


Bahan-bahan (utk 6 org):

3 tin susu beras(beras bese or basmathi) - direndam lebih kurang 15 minit pastu toskn
5 sudu besar susu cair
1/2 tin tomato heinz (option: bleh 2ka kn jd tomato puri sket n tmbh tomato 3 biji diblender)

Bahan untuk menumis:

5 ulas bawang merah - dimayang
5 ulas bawang putih - dimayang
sedikit buah pelaga, 3cm kulit kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang
sedikit halia - dimayang
daun pandan utk bg aroma
sedikit minyak sapi/3 sudu mentega
sediit garam n perasa(xbubuh pn xpe sb nnt mamam ngan lauk)

Cara-cara:

· Tumis minyak sapi/mentega, masukkan bahan-bahan yang hendak ditumis bila sudah naik bau masukkan tomato serta susu cair kemudian masukkan beras dan air.Bubuh sket garam n perasa.
· Bila nasi sudah kering masukkan pula kismis or kacang pis dlm tin n gaulkan.Bleh dihiaskn dgn bawang goreng jgk jika ske=)

p/s:sukatan air n beras utk beras basmathi ialah 1:1 tp x termasuk susu cair n minyak..

da edit sket resepi ni..hehhe.tq tmpt cilok resepiku
http://www.blogcatalog.com/blog/sharing-is-caring-3/364ec2a1016f3dc7b02b8534cbf8dc48

air asam tomato

plg senang n simple nk wt..tp tq la sb resepi ni jgk dicilok dr http://auntyn.blogspot.com

Bahan-bahan:

* Cili merah, belacan dan garam di tumbuk/blender buat sambal belacan
* Buah tomato dan bawang besar dihiris nipis2 dan di gaulkan dengan sambal belacan.
* Masukkan cili sos dan gula (jika suka) dan sedikit air.
* Boleh dimakan buat cicah daging yang direbus empuk dan di hiris nipis2 atau ayam goreng jugak.

ok,da siap pn..hehehe

nasi tomato

spt yg dijanjikan aritu,ni dia resepi nasi tomato..ayam msk merah dah blaja..so,skg tbe ms nye blaja utk nasi plak..nyam3~

Bahan-bahan:

3 tin susu beras - direndam lebih kurang 15 minit
5 sudu besar susu cair
1/2 tin tomato heinz

Bahan untuk menumis:

5 ulas bawang merah - dimayang
5 ulas bawang putih - dimayang
sedikit buah pelaga, kulit kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang
sedikit halia - dimayang
daun pandan
sedikit minyak sapi

Cara-cara:

· Tumis minyak sapi, masukkan bahan-bahan yang hendak ditumis bila sudah naik bau masukkan tomato serta susu cair kemudian masukkan beras dan air.
· Bila nasi sudah kering masukkan pula kismis jika anda suka.

siap!tq http://www.blogcatalog.com/blog/sharing-is-caring-3/364ec2a1016f3dc7b02b8534cbf8dc48

Sunday, November 15, 2009

Tauhu jepun berkuah=)

Bahan-bahan:

2 bungkus tauhu jepun (dikenali juga sebagai tahu telur/lembut)
2 ulas bawang putih
1 inci halia – dimayang
Sedikit sos tiram
Sedikit kicap pekat
Gula dan garam secukup rasa
1 biji telur
Sedikit air
Sedikit tepung gandum dibancuh dengan sedikit air – untuk celup tauhu
Sedikit tepung jagung – untuk pekatkan kuah


Cara Penyediaan:

Potong tauhu setebal 2cm. celup ke dalam bancuhan tepung gandum dan goreng sehingga kekuningan. Ketepikan.

Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih bersama halia. Masukkan air,sos tiram, kicap, gula dan garam secukup rasa.

Masukkan telur dan kacau seketika. Masukkan tauhu goreng dan gaul sehingga rata.

Akhir sekali masukkan tepung jagung dan gaul sehingga mereneh.

Sedia dihidangkan. Selamat mencuba.

kebetulan terjumpa!tq to http://www.resepi4u.com/2009/10/resepi-tauhu-jepun-berkuah.html

sup tauhu jepun..

wah,tauhu ni import dr jepun ekh..wakakaa..1st time kenal tauhu jepun ni ms dok kt hostel,trus ske..fav laa..nyam2..cedap..lembut..laen drpd tauhu kte yg bese tu=)

Bahan-bahan ( utk 4 orang )

* 2 paket tauhu jepun
* 2 biji bawang merah (dihiris)
* 4 biji bawang putih (dihiris)
* 3 biji cili padi (dihiris)
* 1 biji kentang (potong dadu)
* 6 biji cendawan butang (potong2)
* 3 keping tauhu kering(rendam dan potong2)
* 2 sudu besar sos tiram
* tepung jagung secukupnya utk memekatkan sup
* minyak sedikit untuk menumis
* kalo suka bole tambah ayam

Cara-cara:

1. potongkan tauhu jepun ikot saiz yang anda inginkan,kemudian goreng,tak perlu garing,kemudian angkat dan ketepikan
2. panaskan minyak lepas mengoreng tauhu tadi,kemudian tumis bawang dan cili,kalo sekiranya tambah ayam,masukkan ayam,kemudian kacau sekejap,lepas tu baru masukkan sos tiram,bagi air sedilit
3. kemudian masukkan kentang yang dipotong tadi,bila dah agak lembut,masukkan tauhu kering dan cendawan tadi.
4. akhir sekali masukkan tauhu jepun yang sudah digoreng tadi,masukkan air mengikut kesukaan anda,kemudian bancuh tepung jagung dan masukkan dalam sup tadi,
5. kepekatan nya terpulang kepada anda,bila dah masak bole lah dihidang kan,jiaskan dengan taburan daun sup
6. bole dimakan bersdam nasik atau pun roti perancis,nyum...nyum... memang sedap.

tq to tmpat cilokku http://www.myresipi.com

sup cendawan shitake=)


mari kte sme2 mengenalinye..ni adalah cendawan shitake..(~~,)

Bahan-bahan ( utk 2 org )

* 1 bj bunga lawang, 1 btg kulit kayu manis, 3 bj buah pelaga, 4 bj bunga cengkih
* 2 bj bwg merah (dtumbuk)
* 1 ulas bwg putih (ditumbuk)
* 10 bj lada hitam (dtumbuk) / lada sulah secukup rasa
* Segengam cendawan Shitake (direbus sehingga kembang dan tos airnya lalu di hiris)
* 2 btg fucuk (direndam sehingga lembut dan di ptg)~~sy xtau apekah ini..huhuu
* 2 bj kentang (di potong 6)
* Sepaket kecil suhun
* Garam dan serbuk perasa
* Minyak untuk menumis
* Air 2 mug

Cara-cara:

1. Tumis rempah 4 beradik(sy panggil penumis) bersama bwg merah bwg putih dan lada hitam.
2. Masukkan air,cendawan,kentang,fucuk.
3. Bila dah mendidih, masukkan garam, serbuk perasa.
4. Kacau dan pastikan kentang empuk.masukkan suun..
5. Siap.x ade daun sup pon dah ok.

tq to tmpt cilok resepiku http://www.myresipi.com

pasni plak ade resepi version laen..meh,jom try tgk=)

Bahan -Bahan :

* cendawan shiitake (tak kisah banyak mana, lagi banyak laagi sedap)
* brokoli
* 1/2 biji tomato segar
* bawang putih (3 ulas)
* bawang besar (sebiji)
* 3 batang filamen berperisa ketam
* 3 batang sosej ayam
* stok ayam (secukup rasa)
* daun sup

Caranya :

Rebus brokoli beserta bawang putih dan bawang besar yang dicincang halus. Bila
brokoli dah lembut sikit, masukkan cendawan dan diikuti sosej dan filamen ketam.
Last sekali, masukkan stok ayam, tomato dan daun sup. Tak payah bubuh garam atau perasa.Tapi kena balancekan rasa stok ayam tu. Dah, renehkan dan sedia untuk dihirup...

owh,bezanye resepi kedua ni cm instant punye la sb pkai stok ayam..tp pkai resepi 1st pn menjadi cuma juz tmbhkn brokoli,tomato,sosej or jejari ketam(ikot selera masing2..hehe)

nga search gmbo tbe2 jmpe..mekasih atas resepi ini http://drosegarden.com

sup cendawan simple=)


Bahan-bahan ( utk 2 orang )

* 1 peket cendawan putih a.k.a cendawan tiram putih (biasa jual kat pasaraya)
* 2 sb lada hitam ##
* 3 ulas bawang putih ##
* 2 sb udang kering @ ikan bilis (optional) ##
* 1/2 kiub pati ayam megi
* 3 biji cili padi (lebihkan klw suka lg pedas)
* bahan yg bertanda ## mesti ditumbuk halus.. kalau malas, belasah jer..
* garam sesedap hati
* 2 1/2 cwn air panas

Cara-cara:

1. panaskn minyak..tumis bawang putih dan udang kering @ ikan bilis yg ditumbuk td hgga naik bau dan bertukar kekuningan.. kacau sentiasa supaya tidak hangus..
2. bile dah naik bau, masukkan lada hitam. goreng lg sekejap.. dlm 1 min
3. masukkan air panas, masukkan kiub ayam,.biar mendidih.. kalu suka kuah pekat, didihkan lama siket..
4. setelah kuah mendidih, masukkan garam, dan cili padi.
5. masukkan cendawan. didihkan 2 minit. siap.. kalau suka cendawan lembik, didihkan lama sket.. makan dengan nasi panas..

ni version laen sket..bubuh daun kunyit=)

Bahan-bahan ( utk 3 orang )

* 200g Cendawan Tiram
* *1 Labu Bawang Besar
* *1 Ulas Bawang Putih
* *1 Biji Lada Merah
* 1 helai Daun Kunyit
* 10 Ekor Ikan Bilis - Di belah 2
* 700ml Air
* Minyak Masak untuk menumis
* Garam - secukup rasa

cara-cara lbeh kurang same tp juz bubuh daun kunyit time kte tumis tue..biarkn smpai naek bau..baru la msukkn air n proceed cm bese smpai siap msk!senang..hehehe

tq tmpt cilok resepiku http://www.myresipi.com

ayam msk merah~



my encem ske..dats y kne blaja msk btol2 ni..ngeee~

Bahan-bahan ( 4 orang )

* 1/2 ekor ayam
* sedikit garam kunyit

* ## Bahan-bahan kisar ##
* 4-5 biji cili kering
* 1 cm halia
* 2 ulas bawang putih
* 1 labu bawang besar
* 1 biji tomato-potong dadu
* 1/2 cawan sos tomato

* ## Bahan Hias ##
* 1/2 biji bawang besar- potong bulat
* kacang hijau secukupnya

*bleh tmbh serai utk naekkn bau..ade tgk kt resepi org laen=)

Cara-cara

1. Bersihkn ayam. Potong kecil-kecil dan gaul dengan garam kunyit. Goreng sehingga 2/3 masak
2. Tumis bahan kisar kecuali sos tomato dan tomato sehingga naik bau. Kemudian barulah dimasukkan sos dan buah tomato. Tumis sehingga naik minyak.
3. Masukkan ayam. Biar kuah jadi pekat. Sekali sekala hendaklah digaul balikkan.
4. Bila kuah dah pekat bolehlah masuk bahan-bahan hias. Biar 1-2 minit. Kemudian padamkan api.

siap!!wah,cm senang je..ble la nk try ekh..sedap mamam ngan ns tomato~
nx time share cmne nk wt ns tomato plak.hehee.
tq to tmpat cilok resepiku http://www.myresipi.com

sy ske bubur...ini bubur ayam=)

Bahan-Bahan:

2 CAWAN BERAS
1 EKOR AYAM DIREBUS
3CAWAN STOK AYAM REBUSAN
2 BATANG LOBAK MERAH
5 ULAS BAWANG PUTIH-DIKETUK
1 LABU BAWANG BESAR-DIKISAR
5 CM HALIA-DIKETUK
2 BATANG SERAI-DIKETUK
1 BATANG KULIT KAYU MANIS
1 POKOK DAUN SUP-POTONG HALUS
1 SUDU LADA HITAM IKUT PEDAS-DIKISAR
1 UNCANG SUP BUJUT
5 CAWAN AIR
GARAM SECUKUP RASA

Cara:
1-AYAM YANG DIREBUS DICARIK KECIL-KECIL
2-BERAS DIMASAK BERSAMA 5 CAWAN AIR
SAMPAI MASAK.
2-MASUKKAN HALIA,BAWANG BESAR,BAWANG
PUTIH,SERAI,LADA HITAM.
3-MASUKKAN STOK AYAM,1 CAWAN AIR DAN
KACAU HINGGA MENDIDIH.
4-MASUKKAN SUP BUNJUT, KULIT KAYU
MANIS,LOBAK DAN DAUN SUP.KACAU SEBATI.
5-MASUKKAN AYAM DIRACIK,TAMBAHKAN GARAM
SECUKUP RASA.BIARKAN MENDIDIH
6-SIAP SEDIA UNTUK DIMAKAN.HIASKAN
DENGAN BAWANG GORENG.

Cadangan Hidangan:
6 ORANG MAKAN

Tambahan:
*SESIAPA YANG GEMAR BUBUR AGAK BERKUAH,TAMBAHKAN KUANTITI AIR DALAM MASAKAN BUBUR DIATAS

sy cilok ini drp kiriman sesorg..tq sharing in http://resepi.mesra.net

kerabu mangga n udang...


wah!!combination yg mantap..i like!!yummy2!!~

Bahan-Bahannya :-)
1 biji mangga mengkal
300 g udang
1 biji bawang besar, hiris halus
1 camca besar kerisik
1 biji lemon, perah jusnya
1 camca besar sos ikan
1/2 camca teh serbuk lada hitam
2 biji cili merah*
2 batang serai, hiris halus*
1/2 inci belacan, dibakar*
Sedikit garam*
1 camca teh gula*(*ditumbuk hingga lumat)

iye dicilok drp http://sudipkayu.blogspot.com
sekian,mekasih~

mcm2kerabu mangga//


Kerabu Mangga sumbangan Fitriah Bakri RPA

2-3 biji mangga muda (ikut kapasiti pemakan)
Cili padi, ikut nak pedas macam mana
udang kering/sotong kering/ikan bilis goreng
(kalau di thailand, banyak guna sotong kering yang biasa kita beli kat tmpt2 tepi laut yang enak juga dimakan begitu saja.)
Bawang besar
sedikit fish sos (ada tak ada pun tak apa, fish os rasanya masin, so ingat kalau dah letak fish sos, jgn letak garam lagi..takut terlebih masin)
belacan bagi yang gemar aromanya
kacang tanah goreng ditumbuk kasar
Gula secukup rasa

Cara2nya,
simple sgt. potong halus2 mangga tu, (jgn terlalu halus sampai berair, tak sedap), tumbuk cili padi ngan belacan, kalau guna udang kering, goreng kering then tumbuk kasar2 n cam pur sekali mangga n cili (So kalu guna ikan bilis, campur bila nak makan, tkt ikan bilis absorb air dr buah mangga nnt jadi liat tak best..mesti nak rangup ) kalau guna sotong kering tu, just racik2 halus n mix sekali. campur kacang tanah n bwg besar.

Kerabu Mangga. (nama penyumbang tidak ada - RPA)

mangga muda (hirisan tidak terlalu nipis dan halus)
cili api (ikut pedas )
bawang merah
sedikit halia
udang kering (digoreng terlebih dahulu kemudian ditumbuk lumat)
sotong kering (dihiris nipis dan halus)
sos nampla (sos ikan)
sedikit gula & perasa.

caranya -
hirisan mangga direndam dengan air garam terlebih dalulu untuk seketika, kemudian toskan. cili api, bawang merah, dan halia dimayang halus. gaulkan ketiga bahan diatas bersama udang kering yg dah ditumbuk lumat. campurkan gula , perasa dan sos nampla.
akhir sekali, taburkan sotong kering goreng diatasnya.

Kerabu mangga sumbangan Lela Omar (RPA)

2 biji mangga epal/ 1 biji mempelam sala dimayang
1 camca besar udang kering
5 ulas bawang merah dimayang
1 batang serai dimayang
1 kuntuk bunga kantan dimayang (optional)
5 biji cili padi ditumbuk/dihiris halus
1/2 cawan kacang tanah (beli yg siap digoreng)
atau kacang gajus panggang
3 sudu besar gula pasir
1/2 camca teh garam

Cara membuatnya:
1. Goreng udang kering hingga garing dan ditumbuk
halus
2. Gaul semua bahan yang dimayang, taburkan gula & garam dan gaul hingga sebati, baru taburkan kacang dan gaul semula sebelum dihidangkan.

Kerabu mangga sumbangan Siti Khadijah Abd Aziz (RPA)

1 biji mangga (kat Perlis orang panggil mempelam Sala) yang tidak terlalu muda atau terlalu masak atau mangga epal pun boleh, dimayang
2 sudu besar udang kering direndam, dicuci dan digoreng garing
1 sudu sos ikan
4 sudu besar gula pasir
secubit garam
2 batang serai dihiris halus
3 ulas bawang merah dihiris halus
secawan gajus goreng/kacang tanah goreng
5 biji cili padi (dihiris halus atau ditumbuk)

Gaulkan semua bahan dan hidangkan.

Kerabu Mangga sumbangan Asmawati Che Nan (RPA)
mangga (dihiris - agak2 besar batang mancis)
cili merah (dihiris)
bawang besar (dihiris nipis - tapi janganlah terlalu nipis)
ikan bilis (dibuang isi perut & digoreng - setelah digoreng, dihancurkan sedikit)
limau nipis
garam, gula dan sedikit serbuk perasa (jika suka)

Campurkan kesemua bahan dan perahkan limau nipis ke dalam campuran. Masukkan gula, garam dan serbuk perasa dan digaul rata-rata. Setelah selesai, boleh lah dihidangkan.

cilok drp http://chetambiz.blogspot.com
mekasih=)

tmbh lg resepi...

Bahan-Bahan:
3 biji mangga muda – mayang memanjang
5 ulas bawang merah – hiris nipis
6 biji cili api – potong kecil
Ikan bilis – digoreng
Kacang Tanah – digoreng 1 sudu besar gula
2 sudu besar sos ikan
3 biji limau nipis – ambil air perahan
2 helai daun salad
Garam secukup rasa
Cara:
Gaulkan hirisan mangga muda, bawang merah, cili api, gula, sos ikan, garam, perahan limau nipis.

Masukkan pula kacang tanah dan ikan bilis.

Letakkan di atas pinggan yang telah dilapik dengan daun salad.

Sedia untuk dihidang.
Cadangan Hidangan:
Boleh dihidang segera atau disejukkan dahulu di dalam peti sejuk selama 1/2 jam.
Tambahan:
Jangan campurkan semua bahan terlalu awal kerana ikan bilis dan kacang akan menjadi liat dan lemau. Gaulkan bahan bahan +- 10 minit sebelum dihidangkan supaya ia rasa segar.

tq to http://kini2u.com

lg resepi ni...

Bahan-bahan ( 2 orang )

* 1 biji mangga muda
* 2 sudu sos nam pla (fish sauce)
* 1/4 cawan kacang
* 2 biji cili padi
* 2 sudu besar udang kering
* garam dan gula secukup rasa
* 1 ulas bawang putih

Cara-cara

1. Tumbuk cili padi dan bawang putih. Jangan sampai lumat. Sedang-sedang je
2. Potong memanjang mangga
3. Gaul semua dengan bahan-bahan lain.
4. Tambahlah garam dan gula secukupnya

mekasih cilokan drpd http://www.myresipi.com

last but not least....

Bahan - bahan

Bahan dihiris/sagat :
1 kilo mangga muda
6 ulas bawang merah
2 biji tomato
1 tangkai daun ketumbar
20 biji cili padi
2 batang serai

2 sudu besar sos ikan
sedikit belacan
125 ml santan
garam & gula pasir secukup rasa

Cara membuatnya

1. satukan mangga dan bahan - bahan yang dihiris
2. masukkan sos ikan, garam, gula pasir dan belacan, gaulkan hingga bercampur rata

Sedia untuk dihidangkan.

tq http://www.resepi4u.com
mcm2 cara mereka2 ni msk ekh..yummy2=)

telur bungkus>>

my encem ske mamam telur bungkus..so,i nk blaja masak telur bungkus yg cedap=)

Bahan-bahan:

5 biji telur ayam
100 gm daging atau ayam kisar
1 ulas bawang putih - dihiris
1 ulas bawang merah - dihiris
1 biji tomato - dipotong dadu
3 sudu makan sos cili
2 sudu makan sos tomato
1 sudu makan kacang pis
1 sudu makan sos tiram
Garam secukup rasa
Sedikit daun bawang
Sedikit minyak masak

CARA-CARA:

1. Panaskan 2 sudu makan minyak dalam kuali. Tumis bawang putih hingga kekuningan. 2. Masukkan daging atau ayam kisar dan kacau hingga masak.
3. Kemudian masukkan sos ciii, sos tomato, sos tiram, bawang merah dan garam.
4. Sebelum angkat masukkan tomato dan kacang pis. Kacau rata dan ketepikan inti ini. 5. Pukui telur dengan sedikit garam. Goreng dadar yang lebar.
6. Letakkan inti di atas teiur. Taburkan daun bawang dan bungkus bentuk empat segi. Sedia untuk dihidangkan.

nyam2 tq to http://www.anggunayu.com

tepung bungkus versi cempedak=)

sme je cm puteri 2 sebilik tp intinye kte 2ka cempedak..nmpak cm lg cedap je ni..nk try!!hehehe

Bahan-bahan

1. Buah cempedak - ikut suka nak banyak mana....
2. Tepung gandum - 1 cawan
3. Teping beras - 1 cawan
4. Santan - sukatan ikut suka u all....
5. Daun pisang utk membungkusnya
6. Gula ( 1 sudu 1/2 ) & secubit garam

Cara-cara

1. Buah cempedak di buang bijinya

2. Tepung gandum & tepung beras diadun bersama

3. Boleh campur dgn air jika terlalu pekat tapi jgn terlalu cair pula...

4. Letak garam & gula sebagai perasa. Tak perlu gula yg byk sebab cempedak mmg dah sedia manis rasanya.

5. Bungkus cempedak beserta tepung tadi dgn menggunakan daun pisang yg telah di layor....ikut kreativiti membungkusnya.

6. Kukus selama 15-20 minit.

7. Siap utk di hidang & di makan.

cilok drp blog ini..tq cikepel..

roti jala




my luv pndai tebar roti jala..so,i kne blaja resepinye jgk=)

Bahan-bahan:

4 cawan tepung gandum
1 biji telur
1/2 sudu kecil garam
pewarna kuning
1 jag air(secukupnye,pandai2 la bajet ye)
2 helai daun pandan
1 sudu minyak masak

Cara buat:

1. Gaul semua bahan diatas dengan air sedikit demi sedikit

2. Kisar adunan supayamenjadi halus

3. Masukkan adunan dalam acuan roti jala
jika adunan lambat turun dari acuan bermaksud adunan anda pekat dan perlu tambah air. Jika adunan anda terlalu cepat turun bermaksud adunan tersebut cair dan perlu ditambah tepung.

4. Canai adunan menggunakan acuan roti jala

5. Letakkan sedikit minyak dalam mangkuk

6. Celup daun pandan ke dalam mangkuk yang berisi minyak dan sapu minyak tersebut ke atas kuali roti jala.

7. Hidang roti jala anda bersama kuah kari untuk dimakan.

siap!!cedapnye mamam time ptg2 santai ngan kari ayam!mekasih pd tuan punye blog http://resepiomakden.blogspot.com/

tepung bungkus aka puteri 2 sebilik

Bahan
1 cawan tepung beras
2 cawan santan + sikit garam
Daun pisang

Bahan-bahan inti:
1/2 biji kelapa muda parut
1 ketul gula melaka
1 s/b gula
1 s/b tepung gandum
4 s/b air
1 helai daun pandan

Cara:
1. Masakkan bahan inti kecuali tepung gandum sehingga agak kering.
2. Masukkan tepung gandum dan kacau sehingga kering. Sejukkan.
3. Jadikan inti bebola kecil. Ketepikan dahulu.
4. Bancuh tepung beras bersama santan. Masakkan hingga naik wap dan nampak agak pekat.
5. Layurkan daun pisang diatas api dan potong anggaran diperlukan.Lap dan bersihkan.
6. Ambil 3 sudu besar bancuhan tepung dan letakkan di atas daun pisang. Letakkan 2 biji inti.
7. Tutup daun pisang dan lipat kedua-dua hujung daun dan kukuskan selama 20 minit.
8. Sejukkan dan hidangkan.

sumber cilok :http://hanieliza.fotopages.com

Bahan
1 cawan tepung beras
2 cawan santan + sikit garam
Daun pisang

4 sudu besar tepung pulut [bancuh dgn 1 s/b air..saperti buat andeh2 tu]

Bahan-bahan inti:
1/2 biji kelapa muda parut
1 ketul gula melaka
2 s/b air
daun pandan

Cara:
1. Masakkan bahan inti sehingga kering. Bulat-bulatkan. Ketepikan dahulu.
2. Ambil tepung pulut yg telah di bancuh sedikit dan leperkan dan masukan inti kelapa yg telah dibulatkan. Bulatkan dan ketepikan.
3. Bancuh tepung beras bersama santan. Kacau hingga separuh masak.
4. Layurkan daun pisang diatas api dan potong anggaran diperlukan dan bersihkan.
5. Ambil dua sudu besar bancuhan tepung dan letakkan di atas daun pisang. Letakkan 2 biji inti dan tutup dengan dua sudu lagi tepung.
6. Tutup daun pisang dan lipat kedua-dua hujung daun dan kukuskan selama 20 minit.
7. Sejukkan dan hidangkan.

lg dicilok :http://chetambiz.blogspot.com

kuih puteri 2 sebilik



BAHAN-BAHAN

Doh:

150 g tepung pulut

100 ml air

8 helai daun pisang

Inti:

¼ kelapa parut putih

½ keping gula melaka

1 camca besar gula pasir

2 camca besar air

½ camca teh tepung gandum

1 helai daun pandan

Batter:

60 g tepung beras

500 ml santan – ½ biji kelapa

sedikit garam

1 helai daun pandan

CARA-CARA:

1. Cairkan gula dan gula melaka yang diracik dengan 2 camca besar air dalam periuk.
2. Masukkan kelapa dan daun pandan.
3. Masukkan tepung jagung dan angkat.
4. Campurkan air ke dalam tepung pulut dan gaul sehingga dapat doh yang lembut.
5. Bahagikan kepada 16 bahagian.
6. Ambil satu bahagian doh, golekkan doh membulat, buat lubang pada doh dan masukkan inti. Tutup inti dan golek semula untuk membentuk bulat. Ulangi sehingga habis.
7. Tepung beras dibancuh dengan santan dan ditapis. Bubuh sedikit garam dan kacau seperti som-som hingga pekat.
8. Layurkan daun pisang dan lapkan.
9. Masukkan 1 camca besar adunan som-som di atas daun pisang dan kemudian letakkan 2 doh berinti. Ambil 1 camca teh som-som, tutupkan bahagian doh yang kelihatan dan bungkus dengna daun pisang itu.
10. Kukus hingga masak antara 20 – 30 minit di atas api yang sederhana.
11. Lap bungkusan daun pisang dan hidangkan.

TQ..resepi dicilok kt http://pelbagai-kuihmuih.blogspot.com

yeah!!

diz is my 1st entry..at last,terpk nk wt food blog..padahal bkn pndai msk pn..xpe2,mula2 ni kte collect simple resepi dlu ye..

so,the purpose is wanna collect delicious recipes n share wit all..sharing is caring!!impianku nk msk cedap2 utk my encem nnt esp mknn2 fav si dia! insyaAllah..hehehee.berusaha dr skg!aja,aja!fighting!!~

mekasih byk2 pd tuan punye resepi yg dipinjam..free2 nnt kte try ye msk or wt food yg dah kte blaja tu=)