Friday, December 25, 2009

bunga nasi kerabu





tbe2 terpk plak..alang2 dah ade resepi ns kerabu,baek google trus ape tu bunga biru..huuu..hasilnye....jeng3...tp dah dicampur2 la sumbernye..tq ekh~

Kacang telang atau nama saintifiknya clitoria ternatea dari famili Fabaceae juga dikenali dengan nama butterfly pea, blue pea. Di kelantan ia juga dikenali dengan nama Bunga nasi kerabu a.k.a bunga telang biru kerana ia boleh digunakan untuk mewarnakan nasi kerabu menjadi biru.(inilah die bunga yg di google2 td..hehehe).Tumbuhan ini akan membiak subur dalam medium yang agak lembap (tanah yang mempunyai kandungan humus yang tinggi) dan tanah perlu lembab sepanjang masa.Ia memerlukan cahaya matahari yang secukupnya untuk membesar.Tumbuhan ini boleh membiak dengan cara keratan batang atau biji. (bleh r mntak mbr kelate bwk blk benihnye=)).

Sejenis tumbuhan memanjat. Bunganya berwarna ungu kebiruan berbentuk seperti rama-rama dan sentiasa berbunga sepanjang tahun. Buahnya berbentuk kacang pea bersaiz kecil. Sifatnya yang menjalar menjadikannya sesuai untuk tanaman pada trailis ataupun sebagai tanaman untuk pasu gantung. untuk menyemainya, biji benih direndam dalam air selama 3 hingga4 jam sebelum disemai dalam tanah. Selalunya benih akan mula bercambah selepas 7 hingga 14 hari. Untuk keratan batang pula semai dalam pasir yang lembap dan pastikan airnya mencukupi. Tumbuhan ini perlu selalu dipangkas (dipotong rantingnya) untuk memastikan pertumbuhan ranting baru tidak terbantut.

Pokoknya senang di cam, berdaun hijau tirus dan bunganya berwarna biru, bentuknya iras bunga seri pagi. Fungsinya sebagai pewarna semulajadi menyebabkan ianya digunakan di serata tempat. Di Kelantan ia lebih senang dipanggil bunga nasi kerabu. kalau di Filipina pula dipanggil Balog-balog ataupun Kokokating manakala di Indonesia pula ia dikenali sebagai Bunga Biru atau Kembang Telang. Pokoknya juga boleh di dapati di Thailand, Vietnam, Laos dan sebagainya. Walau apa pun namanya, secara saintifik ia adalah dikenali dengan Butterfly Pea atau pun sebagai Clitoria Flower.

Cara2 nk gunakan bunga ni:-

Dalam menjadikan nasi kerabu ni biru ada 2 cara je yang saya tau iaitu pertama cara paling senang masukkan bunga telang ni bersama2 beras ketika memasak. Satu cara lagi ialah dengan merebus bunga telang ini untuk mendapatkan airnya yang akan menjadi biru.kdg2 org jemur dlu bunga ni smpai kering,pastu baru rendam dlm air panas.. Airnya (dah sejuk bukan masa panas) kemudian digunakan untuk memasak nasi. Cara kedua ni lebih baik sebab warna nasi akan sekata biru. Ada juga orang yang merendam bunga ini atau meramasnya untuk mendapat ekstrak warnanya bagi memasak nasi kerabu.

laen2 kegunaan:-

1. Bunganya sebagai pewarna kueh jgk terutama kueh nyonya yang popular di kalangan masyarakat Cina.

2. Melebatkan, menghitamkan dan mengilatkan rambut dan menyuburkan kulit kepala.

3. Dapat mengurangkan sakit kepala.
Caranya:
Daun dan bunganya dimasukkan ke dalam kain bentukkan seperti bantal dan dibawa tidur oleh pesakit.

4. Mengubati penyakit ulser mulut dan merawat insomnia.
Caranya:
Bunganya direndam dalam air panas dan diminum seperti teh.(wah,minum air biru la nmpaknye..hehhe)

5. Yg last ni xtau la bleh caye x sb xde penemuan saintifik..cmni,untuk mengelakkan keguguran,batangnya dililitkan pada pinggang perempuan hamil.

~ni bunga loceng biru..ade jgk org wt ns kerabu pkai bunga ni..tp xsure laa..pndai2 je org2 ni ubah resepi..huuuu~

No comments:

Post a Comment